Setinggi-tinggi Tahniah kepada Y.B. Azizul Annuar Adenan – Olympic Council of Malaysia


Setinggi-tinggi Tahniah kepada Y.B. Azizul Annuar Adenan



MOM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Naib Presidennya, Y.B. Azizul Annuar Adenan, yang juga Presiden Takewondo Malaysia (WT), atas pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pangkat kelima, Pingat Pegawai Bintang Sarawak (PBS).

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada hari Khamis, 29hb Mei 2025, bertempat di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak.

“Bagi pihak seluruh warga MOM, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Y.B. Azizul atas pengurniaan Pingat Pegawai Bintang Sarawak” ujar Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM merangkap Naib Presiden OCA.

“Pengurniaan Darjah Kebesaran ini melambangkan pengiktirafan Kerajaan Negeri Sarawak terhadap sumbangan Y.B. Azizul dalam bidang politik serta pembangunan belia dan sukan, khususnya dalam sukan Taekwondo, Ragbi dan Bolasepak”,

“Y.B. Azizul juga telah mencatat sejarah sebagai individu termuda yang pernah dipilih sebagai Naib Presiden MOM, menerusi Pemilihan Pemegang Jawatan MOM yang berlangsung pada 19hb April 2025 yang lalu”,

“Kami amat yakin beliau akan terus memainkan peranan penting dalam mempergiatkan Pergerakan Olimpik di Sabah dan Sarawak atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Malaysia Timur MOM” tambahan beliau lagi.


Partners & Sponsors