Malam Anugerah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kembali untuk edisi ke-27 pada majlis gilang-gemilang yang menghimpunkan atlet kebangsaan serta warga sukan di Kuala Lumpur pada 11 Disember 2024, di Grand Ballroom, Shangri-La Kuala Lumpur.
Anugerah yang bertujuan menghargai pencapaian terbaik atlet negara serta pegawai dan bekas atlet yang bertanding dalam semua Temasya Pelbagai Sukan antarabangsa di bawah kelolaan MOM, dianjurkan semula selepas kali terakhir diadakan pada 2019.
Susulan pandemik COVID-10 yang meninggalkan impak sehingga pelbagai temasya sukan tergendala, MOM memutuskan untuk menunda Anugerah Tahunan MOM dengan menunggu selesainya kitaran Olimpik 2020-2024.
Tahun 2024 juga seiring dengan ulang tahun ke-70 MOM diiktiraf sebagai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Malaysia oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Anugerah Olimpian Tahunan menjadi kemuncak di samping Anugerah Wanita & Sukan MOM serta Induksi ke Dewan Kemasyhuran MOM. Tanda penghargaan kepada Persatuan Sukan Terbaik turut diperkenalkan bagi persatuan yang konsisten menyumbang pingat emas untuk Kontinjen Malaysia di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel, dan Sukan Olimpik.
Majlis dimulakan dengan Induksi ke Dewan Kemasyhuran MOM, membabitkan 20 anggota terbaharu terdiri daripada bekas pegawai sukan dan atlet yang telah memberi sumbangan signifikan kepada arena sukan negara.
Bagi Anugerah Wanita & Sukan, MOM memilih Puan Tang Kwai Mae atau lebih dikenali sebagai Mae Chen dalam komuniti sukan Akuatik, sebagai penerima anugerah ini. Dengan hampir dua dekad sumbangan dalam sukan Akuatik, beliau diiktiraf sebagai penerima ke-18 anugerah yang diperkenalkan pada tahun 2003.
Sebanyak 23 persatuan diberi tanda penghargaan atas sumbangan mereka dalam membantu kontinjen Malaysia mencapai kejayaan dan meraih pingat emas di pelbagai temasya sukan.
Seramai 11 penerima Anugerah Olimpian diiktiraf bagi pencapaian cemerlang mereka sejak 2020 hingga 2024. YAB Timbalan Perdana Menteri, Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan anugerah Olimpian kepada para pemenang.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Puan Hannah Yeoh dan Presiden MOM, Tan Sri Datoโ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Anugerah MOM ke-27, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad dan Ahli Lembaga Eksekutif MOM.
๐ฆ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐ก๐ ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ข๐ ๐๐-๐ฎ๐ณ
๐๐ฃ๐๐ช๐ ๐จ๐ ๐ฟ๐๐ฌ๐๐ฃ ๐๐๐ข๐๐จ๐ฎ๐๐ช๐ง๐๐ฃ
Pegawai:
1. Datuk S. Vegiyathuman – Olahraga
2. Allahyarham Datuk Abu Samah Abd. Wahab – Berbasikal
Atlet:
3. Khoo Chong Beng – Olahraga
4. Mendiang Nellan Vellasamy – Golf
Pasukan:
Pasukan Hoki Wanita, Temasya Sukan Asia ke-9 Delhi 1982
5. Mary Soo
6. Maheswari Kanniah
7. Mary Lim
8. Teh Siew Bee
9. Elizabeth Gomez
10. Aninie Yew
11. Rawiyah Rawi
12. Asma Amin
13. Halimathon Yaacob
14. Norizan Abd Majid
15. Noorlaila Senawi
16. Christina Chin
17. Yuen Lai Heng
18. Lum Sau Foong
19. Mendiang Daphne Boudville
20. Mendiang Goh Joo Phaik
๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐ ๐ผ๐ฃ๐ช๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ฉ๐ & ๐๐ช๐ ๐๐ฃ 2024
1. Mae Chen
๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐ ๐ผ๐ฃ๐ช๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ช๐๐ฃ
1. Persekutuan Renang Malaysia
2. Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
3. Kesatuan Olahraga Malaysia
4. Persatuan Badminton Malaysia
5. Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia
6. Persekutuan Bina Badan Malaysia
7. Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
8. Malaysia Dancesport Federation
9. Persatuan Ekuestrian Malaysia
10. Konfederasi Hoki Malaysia
11. Persatuan Golf Malaysia
12. Persekutuan Gimnastik Malaysia
13. Persekutuan Karate Malaysia
14. Persatuan Muaythai Malaysia
15. Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia
16. Persekutuan Sukan Boules Malaysia
17. Persatuan Pelayaran Malaysia
18. Persatuan Sepaktakraw Malaysia
19. Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia
20. Persatuan Skuasy Malaysia
21. Taekwondo Malaysia
22. Persekutuan Angkat Berat Malaysia
23. Persekutuan Wushu Malaysia
๐๐๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ
๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐จ๐ฎ๐ ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ผ ๐๐๐๐ฉ๐ฃ๐๐ข 2021
Kategori Lelaki โ Juwaidi Marzuki daripada Sukan Memanah
Kategori Wanita โ Nur Dhabitah Sabri OLY daripada Sukan Terjun
๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐จ๐ฎ๐ ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ผ ๐๐๐ข๐๐ค๐๐ 2023
Kategori Lelaki โ Khiew Hoe Yan OLY daripada Sukan Renang
Kategori Wanita โ Tan Cheong Min daripada Sukan Wushu
๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐จ๐ฎ๐ ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐๐ค๐ข๐๐ฃ๐ฌ๐๐ก ๐ฝ๐๐ง๐ข๐๐ฃ๐๐๐๐ข 2022
Kategori Lelaki โ Aniq Kasdan OLY daripada Sukan Angkat Berat
Kategori Wanita โ Ng Joe Ee daripada Sukan Gimnastik
๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐จ๐ฎ๐ ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐ผ๐จ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ฏ๐๐ค๐ช 2022
Kategori Lelaki โ Ng Eain Yow daripada Sukan Skuasy
Kategori Wanita โ Sivasangari Subramaniam daripada Sukan Skuasy
๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐จ๐ฎ๐ ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐ ๐๐ค๐ ๐ฎ๐ค 2020
Datuk Azizulhasni Awang OLY daripada Sukan Berbasikal
๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐จ๐ฎ๐ ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐ ๐๐๐ง๐๐จ 2024
Aaron Chia Teng Fong OLY & Soh Wooi Yik OLY daripada Sukan Badminton
- Gambar pemenang Olimpian Tahunan bersama tetamu kehormat: Dari kiri ke kanan: 1. Juwaidi Marzuki (Olimpian Tahunan 2021) 2. Nur Dhabitah Sabri (Olimpian Tahunan 2021) 3. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad (Naib Presiden MOM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Anugerah MOM ke-27) 4. Tan Sri Datoโ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria (Presiden MOM) 5. Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (YAB Timbalan Perdana Menteri) 6. YB Hannah Yeoh (Menteri Belia & Sukan) 7. Tan Cheong Min (Olimpian Tahunan 2023) 8. Ng Joe Ee (Olimpian Tahunan 2022) 9. Datuk Azizulhasni Awang OLY (Olimpian Tahunan 2020)
- Tan Sri Datoโ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria (Presiden MOM) memberikan ucaptama.
- Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (YAB Timbalan Perdana Menteri) memberikan ucaptama.
- Anggota terbaru bagi Induksi Dewan Kemasyhuran bergambar bersama Tan Sri Datoโ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM dan Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Naib Presiden MOM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Muzium, Dewan Kemasyhuran dan Kebajikan.
- Pemenang Anugerah Wanita & Sukan 2024, Mae Chen bergambar bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan dan Datuk Paduka Mumtaz Jaffar, Naib Presiden MOM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Sukan MOM.
- Pemenang Anugerah Pencapaian Persatuan bergambar bersama Tan Sri Datoโ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM dan Datuk Wira Nur Azmi Ahmad Naib Presiden MOM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Anugerah MOM ke-27.
- Pemenang Anugerah Pencapaian Persatuan bergambar bersama Tan Sri Datoโ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM dan Datuk Wira Nur Azmi Ahmad Naib Presiden MOM & Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Anugerah MOM ke-27.
- Gambar berkumpulan bersama Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Datoโ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan, barisan Ahli Lembaga Eksekutif MOM serta tetamu kehormat.








