Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh timbalannya Cik Sharon Wee, telah mengadakan lawatan untuk meninjau persiapan Pasukan Obstacles Race di Pusat Kecergasan Ozone, Petaling Jaya, pada hari Isnin, 20hb Mac 2023.
Pasukan Obstacles Race akan membuat penampilan kali kedua mereka dalam Temasya Sukan Asia Tenggara selepas penampilan pertama semasa Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-30 Filipina 2019 dengan kejayaan membawa pulang 3 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa.
Jawatankuasa Pemilihan MOM telah bersetuju untuk menambah empat (4) orang atlet wanita dalam Kategori B menjadikan Pasukan Obstacles Race dibarisi 8 orang atlet (4 orang lelaki dan 4 orang Wanita) untuk mengambil bahagian dalam acara individu dan berpasukan.
Keputusan Jawatankuasa Pemilihan MOM tersebut adalah bagi memenuhi permintaan daripada Persekutuan Obstacle Race Asia Tenggara (OSFSEA) yang telah merayu penyertaan daripada Malaysia melalui Persatuan Obstacle Race Malaysia.
“Keputusan Jawatankuasa Pemilihan MOM tersebut adalah sangat positif ke arah pembangunan Sukan Obstacles Race di Malaysia”,
“Saya berharap agar Pasukan Obstacles Race kita akan berusaha gigih untuk mencapai prestasi yang terbaik semasa temasya nanti” nasihat Datuk Mohd Nasir Ali kepada kepada para atlet.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh timbalannya Cik Sharon Wee, bergambar bersama barisan atlet dan pengurusan pasukan Obstacles Race.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, memberi ucaptama kepada barisan atlet Obstacles Race.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh timbalannya Cik Sharon Wee, Presiden Persatuan Obstacle Race Malaysia, Cheah Yoke Loong serta En. Hasni daripada MSN melihat demostrasi latihan daripada para atlet.
- Nuur Hafiz Said Alwi, atlet Obstacles Race sedang melakukan demostrasi & latihan.
- Yip Hui Teng, atlet Obstacles Race sedang melakukan demostrasi & latihan.
📷: Majlis Sukan Negara