MOM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Shaharuddin Abdullah OLY, legenda Bolasepak negara yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, 28hb Disember 2023.
Allahyarham Shaharuddin Abdullah yang berusia 75 tahun, merupakan seorang anak jati negeri Pulau Pinang yang telah menabur bakti sebagai pemain Bolasepak negara yang disegani di peringkat antarabangsa mulai 1966 hingga 1974.
Kerjaya Bolasepak beliau bermula seawal usia 16 tahun apabila diserap ke dalam Pasukan Bolasepak Pulau Pinang pada tahun 1964. Beliau telah berbakti untuk Pasukan Bolasepak Pulau Pinang mulai tahun 1964 hingga 1969 (6 tahun), kemudian berbakti untuk Pasukan Bolasepak Penjara Malaysia mulai tahun 1970 hingga 1973 (4 tahun) dan kembali ke Pasukan Bolasepak Pulau Pinang mulai tahun 1974 hingga 1982 (9 tahun) sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 1982.
Sepanjang kerjaya tersebut, beliau telah membantu Pasukan Bolasepak Pulau Pinang dan Pasukan Bolasepak Penjara Malaysia untuk menjulang pelbagai kejuaraan seperti berikut:
๐ฃ๐ฎ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐น๐ฎ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ธ ๐ฃ๐๐น๐ฎ๐ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ด
1. Piala Burnley โ 1964/1965 & 1966
2. Piala Emas Raja-Raja โ 1966, 1968 & 1969
3. Piala FAM โ 1974
4. Piala Aga Khan Gold (Bangladesh) โ 1976
5. Piala Liga Malaysia โ 1982
๐ฃ๐ฎ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐น๐ฎ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
1. Piala FAM โ 1970, 1971 & 1973
Beliau telah diserap untuk menganggotai pasukan Bolasepak negara seawal usia 18 tahun untuk Kejohanan Bolasepak Piala Belia Asia di Manila, Filipna, pada tahun 1966.
Beliau yang berkemahiran untuk menyempurnakan sepakan gunting, libas, tandukan serta terkenal dengan rembatan derasnya telah digelar โThe Black Catโ oleh warga Bolasepak ketika itu. Beliau juga menjadi teras jentera serangan pasukan Bolasepak negara yang menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1968, 1973 dan 1974. Kehebatan beliau telah mencuri perhatian jurulatih dari Jerman, Otto Westphal, untuk menjemput beliau berlatih bersama sebuah kelab Bolasepak profesional di Jerman Barat.
Beliau turut terpilih untuk menganggotai Pasukan Bolasepak negara ke Temasya Pelbagai Sukan di bawah bidang kuasa MOM seperti berikut:
๐ง๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ ๐ฆ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ท๐๐ป๐ด ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ (๐ฆ๐๐๐ฃ ๐๐ฎ๐บ๐ฒ๐):
1. 4th SEAP Games Bangkok 1967 โ Tempat Ke-5
2. 5th SEAP Games Rangoon 1969 โ Pingat Gangsa
3. 6th SEAP Games Kuala Lumpur 1971 โ Pingat Perak
4. 7th SEAP Games Singapore 1973 โ Pingat Gangsa
๐ง๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ ๐ฆ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ถ๐ฎ (๐๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ฒ๐):
1. 5th Asian Games Bangkok 1966 โ Tempat Ke-10
2. 6th Asian Games Bangkok 1970 โ Tempat ke-15
๐ง๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ ๐ฆ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ข๐น๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ธ (๐ข๐น๐๐บ๐ฝ๐ถ๐ฐ ๐๐ฎ๐บ๐ฒ๐):
1. XX Olympic Games Munich 1972
Nama beliau akan dikenang dan dicatat dalam tinta sejarah sukan negara sebagai penjaring gol sulung Pasukan Harimau Malaya dalam Temasya Sukan Olimpik, iaitu Temasya Sukan Olimpik XX Munich 1972, apabila beliau membuka tirai jaringan pada minit ke-14 untuk menewaskan Pasukan Amerika Syarikat 3-0 dalam saingan Kumpulan A di Stadium ESV, Ingolstadt pada Hari Selasa, 29hb Ogos 1972. Dua (2) gol lagi dijaringkan oleh Salleh Ibrahim OLY (Allahyarham) pada minit ke-67 dan Wan Zawawi Wan Yusoff OLY (Allahyarham) pada minit ke-77.
โBagi pihak MOM, kami amat menghargai sumbangan Allahyarham Shaharuddin Abdullah dalam pembangunan sukan Bolasepak serta Pergerakan Olimpik dengan penyertaan 4 kali SEAP Games, 2 kali Asian Games dan sekali Olympic Gamesโ kata Tan Sri Datoโ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM.
โSebagai tanda penghargaan MOM, Allahyarham Shaharuddin Abdullah serta rakan-rakan Pasukan Harimau Malaya yang telah membuat penampilan pertama negara di pentas Sukan Olimpik pada tahun 1972 telah disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran MOM pada tahun 2004โ tambahan beliau.
Seluruh warga MOM turut berduka-cita di atas pemergian Allahyarham Shaharuddin Abdullah OLY dan menyifatkan ia sebagai suatu kehilangan yang besar kepada arena sukan negara khususnya sukan Bolasepak. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.