Datuk Shalin Zulkifli, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, telah mengadakan lawatan untuk meninjau persiapan Pasukan Tenis Kebangsaan di Kompleks Tenis Jalan Duta, pada hari Selasa, 28hb Mac 2023.
Pasukan Tenis Kebangsaan yang dibarisi oleh 8 orang atlet (5 orang lelaki dan 3 orang wanita) akan membawa misi negara di Temasya Sukan Asia Tenggara di Kemboja mulai 6hb Mei 2023 nanti.
Sebahagian besar atlet kebangsaan sedang menjalani latihan dan menyertai kejohanan di luar negara sementara Imran Daniel Abd Hazli dan Christian Andre Liew Sheng menjalani latihan di Kompleks Tenis Jalan Duta.
“Dengan pendedahan luar negara di India, Tunisia dan Sepanyol, saya percaya ia menepati kehendak Pasukan Tenis Kebangsaan yang menagihkan perlawanan kompetitif”,
“Pasukan Tenis Kebangsaan dijangka akan menyertai beberapa siri kejohanan di luar negara di Singapura dan Indonesia sebelum menghadapi misi di Temasya Sukan Asia Tenggara” kata Datuk Shalin Zulkifli.
- Datuk Shalin Zulkifli, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 bergambar bersama barisan jurulatih dan pemain Tenis Kebangsaan.
- Datuk Shalin Zulkifli, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 melakukan perbincangan bersama pemain Tenis Kebangsaan, Imran Daniel Abd Hazli
- Datuk Shalin Zulkifli, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 menerima cenderahati daripada pengurus Pasukan Tenis Kebangsaan, En. Zainudin Osman.
- Datuk Shalin Zulkifli, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 di sesi sidang media selepas selesai sesi lawatan.
- Imran Daniel Abd Hazli, atlet Tenis Kebangsaan melakukan latihan.
- Christian Andre Liew Sheng, atlet Tenis Kebangsaan melakukan latihan.
📸: Majlis Sukan Negara






