Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, Datuk Mohd Nasir Ali, yang diiringi oleh 2 orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee, telah mengadakan lawatan untuk meninjau persiapan Pasukan Karate Kebangsaan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN), pada hari Isnin, 27hb Mac 2023.
Pasukan Karate Kebangsaan yang dibarisi oleh 16 orang atlet (8 orang lelaki dan 8 orang wanita) akan mengambil bahagian dalam kategori Kumite (12 orang) dan Kata (4 orang).
Pasukan Karate Kebangsaan bakal turun dengan semangat yang tinggi di Kemboja nanti selepas kejayaan membawa pulang 3 pingat Emas, 5 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa dalam Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF) Ke-10 di Filipina baru-baru ini.
Datuk Mohd Nasir mengharapkan kehadiran jurulatih baharu dari Mesir, Tame Abdelraouf Mohamed Mourssy, akan dapat mempertingkatkan prestasi Pasukan Karate Kebangsaan di peringkat antarabangsa.
“Dengan sentuhan jurulatih baharu, kami berharap prestasi para atlet akan lebih meningkat menjelang misi ke Kemboja”,
“Kami yakin Pasukan Karate Kebangsaan mampu mancatat kejayaan yang lebih cemerlang berbanding Temasya Sukan Asia Tenggara yang lepas di Vietnam”.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee memberi ucaptama kepada barisan pemain serta jurulatih Pasukan Karate Kebangsaan.
- Atlet Karate Kebangsaan melakukan hormat tunduk kepada Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, serta (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee bergambar bersama barisan atlet dan jurulatih Pasukan Karate Kebangsaan.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, bersama timbalannya Cik Sharon Wee melakukan perbincangan bersama ketua jurulatih Pasukan Karate Kebangsaan, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy.