Pasukan Traditional Boat Race membuka saingan mereka pada Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 dengan kejayaan yang membanggakan.
Pada Sabtu, 13hb Mei 2023, mereka telah berjaya menamatkan penantian selama 30 tahun untuk meraih 1 pingat perak menerusi acara Men’s 12 Crews Open 250m dan 1 pingat gangsa menerusi acara Women’s 3 Crews U24 250m.
Kali terakhir mereka menyumbang pingat untuk Kontinjen Malaysia pada Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-17 Singapura 1993. Kejayaan mereka ini merupakan kesinambungan daripada barisan atlet yang dikesan dari Sukan Malaysia Ke-20 dan atlet tersebut terdiri daripada atlet dari Johor dan Wilayah Persekutuan.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Prek Kampot di Wilayah Kampot, kira-kira 150 kilometer dari Phnom Penh, 12 pendayung negara menamatkan saingan Men’s 12 Crews Open 250m dalam masa 2:09.54s untuk pingat perak. Pingat emas menjadi milik juara bertahan, Thailand (2:03.76) manakala Kemboja meraih pingat gangsa (2:10:12).
Pada hari yang sama, Kontinjen Malaysia turut berjaya menambah 1 pingat perak daripada acara Sepak Takraw Men’s Team Regu. Selain itu barisan atlet yang menyumbang pingat gangsa ialah Nor Aisyah Zubir (Cycling Road Individual Mass Start), Cheng Xing Han (Fencing Men’s Individual Foil), Hans Yoong Wei Shen (Fencing Men’s Individual Foil), Geraldine Wong dan Foong Zi Yu (Golf Women’s Team), Sebastian Tan Chung Wan (Taekwondo Men’s Under 54kg), Muhammad Luqman Haqim Mohd Suhaimi (Taekwondo Men’s Under 87kg lelaki), Indran Rama Krishnan (Boxing Men’s 86kg), Mohd Abdul Qayyum Arrifin (Boxing Men’s 51kg), Cricket Women’s Team T50, Sepak Takraw Women’s Team Doubles serta menerusi gandingan Mitsuki Leong Wei Kang dan Koay Hao Sheng (Tennis Men’s Doubles)
Kontinjen Negara menghimpun 28 pingat emas, 37 pingat perak dan 71 pingat gangsa setakat hari ke-9.