Syafiq Sumbang Pingat Emas Ke-30 Untuk Kontinjen Negara - Olympic Council of Malaysia Olympic Council of Malaysia


Syafiq Sumbang Pingat Emas Ke-30 Untuk Kontinjen Negara



Atlet Taekwondo kebangsaan, Muhammad Syafiq Zuber mempertahankan pingat emas acara Men’s Kyorugi Under 80kg Temasya Sukan Asia Tenggara ke-32 Kemboja 2023 pada 15hb Mei 2023, sambil menghadiahkan kemenangan itu kepada ibunya sempena Hari Ibu.
Beliau menujukan pingat emas keduanya berturut-turut kepada ibunya, Salma Shafie, yang meminta pingat emas sebagai hadiah Hari Ibu pada hari Ahad (14hb Mei 2023) lalu ketika saingan temasya berbaki sehari lagi.
Pingat emas ke-30 untuk Kontinjen Malaysia itu adalah pulangan yang berbaloi buat Muhammad Syafiq Zuber yang berguru di Korea Selatan selama dua bulan di saat rakyat Malaysia menempuh Ramadan dan meraikan Aidilfitri,.
Selain itu, sukan sepak takraw menyumbang pingat perak dalam acara Men’s Doubles manakala pingat gangsa diraih oleh Nur Syazwani Radzi menerusi acara Weightlifting Women’s 64kg, Wassof Rumijam (Kickboxing Men’s Low Kick 51kg), pasukan Criket Women’s T20, Yeoh Thean Jern dan Sip Yip How (Chess Xiangqi Men’s Blitz Team) dan Amir Daniel Abdul Majeed (Judo Men’s 73kg lelaki).

Partners & Sponsors