MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Adnan Mohd Saidin, legenda sepak takraw negara yang meninggal dunia pada pagi 15 Mei, 2023.
Allahyarham Adnan membantu Kontinjen Malaysia mengutip emas sepak takraw di empat edisi Sukan Asia Tenggara di Jakarta 1979, Manila 1981, Singapura 1983 dan Bangkok 1985 .
Di kemuncak kerjayanya, Adnan yang berasal dari Alor Star, Kedah, bukan sahaja mampu melakukan satu teknik rejaman saja, malah berupaya membuat pelbagai gaya libasan seperti gunting, pacak, `back stroke’ dan pari hingga digelar ‘Raja Libas’.
Adnan juga adalah antara pemain yang mengadakan pertunjukan di Sukan Asia, New Delhi 1982, yang membolehkan sepak takraw dijadikan satu acara pingat di Sukan Asia, Beijing, pada 1990.
Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham Adnan dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solehin.