Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 telah melakukan lawatan untuk meninjau persiapan Pasukan Badminton di PETRONAS Akademi Badminton Malaysia pada hari Jumaat, 17hb Mac 2023.
Pasukan Badminton yang dibarisi oleh 20 orang pemain muda akan membuat persiapan akhir mereka menjelang Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 di PETRONAS Akademi Badminton Malaysia.
Sebahagian besar pemain muda dalam Pasukan Badminton sedang menyertai Kejohanan Badminton di luar negeri. Namun demikian, empat (4) orang pemain wanita iaitu Cik Wong Li Ching, Cik Tan Zhing Yi, Cik Yap Ling dan Cik Low Yeen Yuan, yang tidak menyertai kejohanan antarabangsa, giat menjalani latihan mereka bersama skuad pelapis kebangsaan di Akademi tersebut.
”Ng Tze Yong telah mempamerkan satu aksi yang sangat cemerlang dengan kejayaan menewaskan Viktor Axelsen dalam perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England semalam”,
“Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tze Yong adalah luar biasa”,
“Anda harus yakin dengan kemampuan sendiri dan jangan gentar dengan pemain yang mempunyai ranking lebih tinggi”,
“Jadikanlah kemenangan Tze Yong semalam sebagai pembakar semangat untuk anda beraksi di Temasya Sukan Asia Tenggara nanti” ujar Cik Sharon Wee kepada para pemain muda Pasukan Badminton.
- Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 di sesi sidang media selepas selepas sesi lawatan meninjau para pemain.
- Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 memberi kata-kata semangat kepada para pemain.
- Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 memberi kata-kata semangat kepada para pemain.
- Dari kiri Wong Choong Hann (Pengarah Kejurulatihan), James Chua (Jurulatih), Wong Li Ching, Tan Zhing Yi, Yap Ling, Low Yee Yuan & Lutfi Zaim (Jurulatih) menerima perkongsian daripada Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32.
- Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 menerima taklimat perkongsian persediaan para pemain daripada Encik Wong Choong Hann, Pengarah Kejurulatihan BAM.
- Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 menerima taklimat perkongsian persediaan para pemain daripada Encik Wong Choong Hann, Pengarah Kejurulatihan BAM.
- Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 bergambar bersama para pemain & jurulatih.
- Para pemain sedang melakukan latihan di Petronas Akademi Badminton Malaysia.








