Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Bil. 08 diadakan pada hari Khamis, 16 Mac 2023, di Bilik Persidangan, Aras 4, Menara KBS, Putrajaya. Ia telah dipengerusikan oleh Y.B. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM, yang sedang menjalani tugasan rasmi di luar negeri, telah diwakili oleh Dato’ Chong Kim Fatt, Naib Presiden MOM.
Antara perkara utama yang telah diluluskan semasa mesyuarat tersebut adalah pemilihan Negeri Sarawak sebagai tuan rumah Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2024 dan SUKMA pada tahun 2026 akan dianjurkan oleh MSN. Kerajaan Negeri Kelantan pula telah bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah SUKMA pada tahun 2028.
Sebaik selepas Mesyuarat tersebut, Majlis Menandatangan Perakuan Sokongan Kod Sukan Selamat bersama Exco-Exco Belia dan Sukan setiap negeri telah diadakan sambil disaksikan oleh Y.B. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
- Dato’ Chong Kim Fatt, Naib Presiden MOM mewakili Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM ke Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Bil. 08.
- Dato’ Chong Kim Fatt, Naib Presiden MOM bersama ahli Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) di Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Bil. 08.
- Dato’ Chong Kim Fatt, Naib Presiden MOM mengiringi Y.B. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan untuk berjumpa Exco-Exco Belia dan Sukan setiap negeri bagi sesi Majlis Menandatangan Perakuan Sokongan Kod Sukan Selamat.
- Dato’ Chong Kim Fatt, Naib Presiden MOM mengiringi Y.B. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan untuk berjumpa dan menjadi saksi sesi Majlis Menandatangan Perakuan Sokongan Kod Sukan Selamat oleh Exco-Exco Belia dan Sukan setiap negeri.
- Dato’ Chong Kim Fatt, Naib Presiden MOM mengiringi Y.B. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan untuk bergambar bersama Exco-Exco Belia dan Sukan setiap negeri selepas selesai Majlis Menandatangan Perakuan Sokongan Kod Sukan Selamat.





