Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, Datuk Mohd Nasir Ali, yang diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee, telah mengadakan lawatan untuk meninjau persiapan Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan di Stadium MABA, Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 24hb Mac 2023.
Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan akan menyertai dalam empat (4) acara iaitu Lelaki 3×3, dan Wanita 3×3 yang bakal bermula pada 6hb Mei 2023 diikuti dengan Lelaki 5×5 dan Wanita 5×5 pada 9hb Mei 2023.
Pasukan Bola Keranjang Lelaki Kebangsaan yang dibarisi oleh tiga belas (13) orang pemain manakala Pasukan Bola Keranjang Wanita Kebangsaan seramai empat belas (14) akan menggalas misi negara di Kemboja nanti.
“Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan sedang menjalani fasa latihan intensif dan kami dimaklumkan bahawa Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) telah menyediakan sistem sokongan sendiri seperti pegawai perubatan dan fisioterapis untuk melengkapkan keperluan pasukan”,
“Dengan beberapa program dan inisiatif yang telah dilakukan oleh MABA, kami yakin bahawa Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan mampu mengembalikan kegemilangan dahulu dan akan memberi persaingan yang hebat kepada kuasa besar Bola Keranjang di rantau Asia Tenggara”,
”Bagi pihak MOM, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan dan semoga mereka akan berjaya menaiki podium di Temasya Sukan Asia Tenggara nanti” kata Datuk Mohd Nasir Ali.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, bersama timbalannya Cik Sharon Wee berjumpa bersama Ketua Jurulatih Pasukan Bola Keranjang Wanita Kebangsaan, Tracy York (kanan).
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee memberi ucaptama kepada barisan pemain serta jurulatih Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee bergambar bersama barisan atlet dan jurulatih Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee serta Pengurus Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan melihat aksi latihan para pemain.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, melakukan percubaan melontar Bola Keranjang.
- Timbalan Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, Datuk Shalin Zulkifli melakukan percubaan melontar Bola Keranjang sambil diperhatikan oleh Cik Sharon Wee.
- Para pemain wanita sedang melakukan latihan di Stadium MABA, Kuala Lumpur.
📸: Majlis Sukan Negara