Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, yang diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee, telah mengadakan lawatan untuk meninjau persiapan Pasukan Bola Tampar Dewan dan Bola Tampar Pantai di Seksyen 4, Shah Alam, pada hari Rabu, 22hb Mac 2023.
Pasukan Bola Tampar Dewan Kebangsaan terdiri daripada 28 orang pemain manakala Pasukan Bola Tampar Pantai Kebangsaan mengandungi 8 orang pemain. Pasukan Bola Tampar Dewan Lelaki serta Pasukan Bola Tampar Pantai Lelaki dan Wanita sedang menjalani latihan pusat mereka di Shah Alam sementara Pasukan Bola Tampar Dewan Wanita menjalani latihan pusat di Johor Bahru.
“Saya mengucapkan syabas kepada Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) yang telah mengusahakan penyertaan Pasukan Bola Tampar Kebangsaan dalam pelbagai Kejohanan Bola Tampar di luar negeri untuk tujuan pendedahan antarabangsa”,
”Saya berharap agar Pasukan Bola Tampar Kebangsaan akan berusaha gigih untuk menaiki podium dalam Temasya Sukan Asia Tenggara kali ini” kata Datuk Mohd Nasir Ali.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee bergambar bersama barisan atlet dan jurulatih pasukan Bola Tampar.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee memberikan kata-kata semangat kepada barisan atlet Bola Tampar.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, diiringi oleh dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee memberikan kata-kata semangat kepada barisan atlet Bola Tampar.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 melakukan perbincangan bersama dua (2) orang timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon. Turut hadir, En. Hanif Basree (Pengurus Pasukan Bola Tampar Dewan Lelaki) dan En. Hean Boon Yeaw (Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia)