Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Y.B. Hannah Yeoh, Melawat Perkampungan Atlet Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 - Olympic Council of Malaysia Olympic Council of Malaysia


Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Y.B. Hannah Yeoh, Melawat Perkampungan Atlet Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32



Sambil bersemangat menyatakan sokongan padu terhadap aksi atlet di Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Y.B. Hannah Yeoh, telah mengadakan lawatan ke Perkampungan Atlet pada Ahad 7hb Mei 2023.

Y.B. Hannah Yeoh yang diiringi oleh Encik Suhardi Alias, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) MSN dan Encik Jefri Ngadirin, Pengarah Bahagian Atlet MSN, telah disambut oleh Datuk Mohd Nasir Ali. Ketua Kontinjen Malaysia.

Mereka telah dibawa untuk melawat kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Perkampungan Atlet, seperti Bilik Gerakan Sekretariat Kontinjen Malaysia, Pusat Fisioterapi, Psikologi dan Pusat Kesihatan yang dikendalikan oleh ISN.

Bilik Gerakan Kontinjen Malaysia yang dianggotai oleh pegawai-pegawai MOM, MSN dan ISN, merupakan nadi pentadbiran kontinjen bagi memastikan urusan logistik, jadual pertandingan, latihan, makanan, pengurusan kecederaan serta rawatan diselaraskan demi keselesaan atlet dan jurulatih sepanjang tempoh Temasya.

Beliau telah mengakhiri lawatan ke Perkampungan Atlet dengan lawatan ke Dewan Makan Utama yang menjadi platform kepada semua atlet dan pegawai dari 11 negara peserta Temasya Sukan Asia Tenggara untuk bergaul dan merapatkan hubungan silaturahim.


Partners & Sponsors