Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, yang diiringi dua (2) orang timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee, telah melakukan lawatan untuk meninjau persiapan atlet pada hari Selasa, 14hb Mac 2023 dan hari Rabu, 15hb Mac 2023 yang lalu.
Mereka telah melawat enam (6) jenis sukan yang sedang menjalani latihan fasa terakhir menjelang Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 di Majlis Sukan Negara (MSN). Empat (4) jenis sukan yang telah dilawati pada hari Selasa, 14hb Mac 2023 adalah Gimnastik (Artistik), Taekwondo (Poomsae), Wushu dan Sepaktakraw manakala sukan Angkat Berat dan Olahraga telah dilawati pada hari Rabu, 15hb Mac 2023.
”Alhamdulillah setiap atlet yang dilawati telah menunjukkan semangat yang kuat dalam persiapan masing-masing” ujar Datuk Mohd Nasir Ali.
Ketua Kontinjen Malaysia berserta kedua-dua orang timbalannya telah dijadualkan untuk mengadakan sesi lawatan sepanjang bulan Mac untuk memantau persiapan setiap sukan di pusat latihan masing-masing.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 bersama kedua-dua (2) orang timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee, bergambar bersama Pasukan Gimnastik (Artistik).
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 bersama kedua-dua (2) orang timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee, bergambar bersama Pasukan Taekwondo (Poomsae).
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 bersama kedua-dua (2) orang timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee, bergambar bersama Pasukan Wushu.
- Datuk Mohd Nasir Ali, Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 bersama kedua-dua (2) orang timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Cik Sharon Wee, bergambar bersama Pasukan Sepaktakraw.
- Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, bergambar bersama Pasukan Angkat Berat.
- Cik Sharon Wee, Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32, bergambar bersama Pasukan Olahraga.






