MOM Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ahmad Tobias Abdullah – Olympic Council of Malaysia


MOM Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ahmad Tobias Abdullah



MOM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Tobias Abdullah, bekas Petinju negara yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 5hb Januari 2024.

Ahmad Tobias atau nama asalnya Tobias Totu, berasal dari Penampang, Sabah telah menabur bakti sebagai Petinju negara pada lewat 1960an dan awal 1970an.

Beliau adalah antara anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah mengharumkan nama negara di pentas Tinju antarabangsa serta pernah dicalonkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1970 dan 1973. Selepas bersara, beliau dilantik sebagai jurulatih Tinju kebangsaan.

Dalam rekod MOM, beliau terpilih untuk mengganggotai Kontinjen Malaysia ke Temasya Pelbagai Sukan di bawah bidang kuasa MOM, seperti berikut:

๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—”๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ (๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฃ ๐—š๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐˜€):
1. 5th SEAP Games Rangoon 1969 โ€“ Pingat Perak
2. 6th SEAP Games Kuala Lumpur 1971 โ€“ Pingat Perak

๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—”๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐˜€):
1. 6th Asian Games Bangkok 1970

Beliau turut memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Tinju Asia di Bangkok pada 1973.

Legasi beliau dalam bidang sukan diteruskan oleh tiga orang anaknya iaitu Muhammad Malik Ahmad Tobias yang memenangi pingat emas dalam acara Dekatlon pada Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-21 Kuala Lumpur 2001 dan Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-22 Vietnam 2003, Siti Mariam Ahmad Tobias yang pernah mewakili negara di peringkat junior dalam acara Merejam Lembing dan Heptatlon dan Siti Zaharah Ahmad Tobias yang terpilih untuk mewakili negara dalam sukan Bola Baling.

โ€œLegasi Ahmad Tobias bukan sahaja sebagai perintis arena sukan Tinju di peringkat serantau pada 1960an dan 1970an tetapi lebih istimewa apabila beliau berjaya melahirkan tiga orang jaguh sukan di peringkat kebangsaan menerusi ketiga-tiga orang anaknya, Muhammad Malik, Siti Mariam dan Siti Zaharah. Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarhamโ€ kata Tan Sri Datoโ€™ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM.

Seluruh warga MOM turut berduka-cita di atas pemergian Allahyarham Ahmad Tobias Abdullah dan menyifatkan ia sebagai suatu kehilangan yang besar kepada arena sukan negara khususnya sukan Tinju. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.


Partners & Sponsors